Video gallery

Majlis pelancaran BP Myscience telah dirasmikan oleh Dato’ Tan Koon Teck dengan dihadiri oleh En. Zulkifli Othman, Manager External Affairs of BP Asia Pasific (Malaysia) Sdn. Bhd. Gimik perasmian ini adalah replika gunung berapi. Lapisan lampu di bawah gunung adalah lapisan minyak yang akhirnya akan meletus keluar apabila mendapat tekanan. Replika ini menggunakan surat khabar lama sebagai bahan utama. Tujuan utama penggunaan surat khabar lama sebagai bahan utama adalah untuk menyedarkan masyarakat agar tidak membazirkan surat khabar lama kerana ia tetap mempunyai nilai komersial dan mampu menghasilkan replika yang menarik seperti ini.

Sempena kempen Go Green , Guru-guru telah mengambil inisiatif untuk memakai pakaian bertema hijau pada hari guru peringkat sekolah. Pemakaian ini adalah bertujuan untuk menyokong kempeen go green yang diadakan di sekolah.

Majlis pelancaran kempen go green telah diadakan di sekolah. sempena pelancaran ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menjayakan kempen go green ini. dalam pada itu, setiap pelajar dan guru akan diberikan reben hijau yang menandakan penyokongan kepada kempen ini.

pengumpulan surat khabar lama telah diadakan secara besar-besaran di sekolah. setiap pelajar diwajibkan mengumpulkan sejumlah surat khabar lama dan pemenang akan diumumkan pada setiap minggu. kempen pengumpulan surat khabar lama ini telah berjalan dengan lancar.

Green corridor adalah mural yang dilakarkan di dinding blok utama sekolah untuk menyedarkan pelajar tentang keindahan flora dan fauna yang mesti dipelihara. Blok utama ini merangkumi dewan, 2 makmal sains, 1 bilik persediaan makmal dan 1 surau.

Let’s heal the world and make it the better place!

Our notice board about BP Myscience Awareness message and info

Di sekolah, terdapat kawasan-kawasan yang telah diletakkan papan tanda mengenai persekitaran dan kesedaran yang perlu ada pada setiap warga di SMKPP. papan tanda ini bertujuan untuk memperingatkan warga SMKPP perkara yang perlu mereka lakukan setiap hari.

Selain itu, kami turut meletak papan tanda di kawasan kantin supaya warga SMKPP tidak leka.

Di SMKPP juga, kami mengutamakan penggunaan bahan-bahan semulajadi dalam menghasilkan sesuatu perkara. sebagai contoh, di makmal, kami menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk menghasilkan ruang pameran yang menarik. kami menggunakan bahan ayaman dan bahan yang diawet untuk menngetengahkan alam semulajadi.

dalam pada itu, kami telah melibatkan pembabitan pelajar dalam alam semulajadi. sebagai contoh, kami telah menyediakan kawasan taman yang dikhaskan kepada kelab dan persatuan yang ada di sekolah untuk dijaga. secara tidak langsung, aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kewajipan menjaga alam semulajadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s